Rabu, 12 Mac 2008
tokwan
8hb 3 2008 merupakan tarikh yang pasti akan diingati oleh sumer rakyat malaysia disebabkan keputusan PRU yang agak mengejutkan. bagi keluarga aku, tarikh ini akan terus dikenang diatas pemergian tokwan aku, omar bin din ke hadrat ilahi di saat sepupu aku ingin melangsungkan perkahwinan keesokan harinya. aku bersyukur kerana sempat menemani arwah semalaman di hospital sebelum beliau meninggal dan aku berada di sisi beliau disaat beliau menghembuskan nafas terakhir. kini aku kehilangan seorang lagi tokwan setelah arwah tokwan sebelah abah meninggal beberapa tahun lepas. kini tamat lah generasi tua dalam keluarga besar aku. kami sebagai generasi baru harus berjuang menjaga nama baik keluarga dan memastikan semua ahli keluarga bersatu tanpa pemimpin asal keluarga ini. akhir kata, aku berdoa agar roh arwah tokwan di cucuri rahmat.. al-fatihah..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan