Jumaat, 29 Februari 2008

ketandusan ilham

sejak akhir-akhir ni, kekreatifan otak aku makin berkurang. ilham menulis lirik tak ditemui. mungkin sebab aku berkarya melalui pengalaman hidup. aku tak pandai berimaginasi. aku hanya menulis tentang apa yang aku nampak. aku bukan m.nasir atau arwah loloq.. mereka yang telah mengabdikan diri dengan seni muzik.. mereka yang bisa memegunkan manusia dengan keindahan bunyi.. pada aku, karya yang indah lahir dari hati yang ikhlas, jujur dan penghayatan penyampai itu sendiri. apabila semua itu sebati, apa yang disampaikan akan meresap terus ke dalam hati. baru-baru ni salah seorang teman aku telah menyarankan aku menonton sebuah filem. kisah tentang seorang pemuzik jalanan berjuang mengejar cita-cita berjudul 'ONCE'. jalan cerita yang amat menarik dihiasi dengan lagu-lagu tema yang betul-betul menambat hati aku. antaranya 'falling slowly' dan 'if you want me'. lagu-lagu dalam filem tu membuatkan aku berkhayal dan terpaku. aku tinggalkan pembaca dengan salah satu lagu tema filem tersebut. hayatilah- 'if you want me'.

1 ulasan:

aku kata berkata...

fuck.. something wrong with my video posting..damn!!