Selasa, 25 Mac 2008

the adam's burger

hari2 malamku kini diisi dengan berniaga. actually bukan aku punya bisnes pon.. aku juz tolong salah sorang sahabatku (incik abe) yang mempunyi cita2 besar aku kira. dah lama sebenarnya beliau war2kan nak niaga neh.. bak kata incik azim, "dah 3 tahun aku dengar".. haha.. bisnes yang dijalan pon bukan lah besar sangat sebenarnya. 'burger'. tapi Alhamdulillah, walaupun kami mula berniaga dikala musim hujan, pada peringkat permulaan ni kami bersyukur dengan jualannya. terima kasih kepada semua yang terlibat dalam perniagaan ini (pembagi pinjam barang2) terutama incik pakyeop, tauke restoran dimana kami bertapak. beliau banyak bagi tunjuk ajar tentang selok belok berniaga dan memberi ruang kepada kami menyimpan barang2. setakat ini, kebanyakkan pelangan kami ialah pelangan pakyeop sendiri. kebanyakan dari mereka berpuas hati dengan burger kami. ada yang sehingga menjilat jari. itu yang ku nampak mereka makan kat restoran tu. yang kat rumah taktau lah sampai menjilat apa. terharu rasanya bila melihat pelangan sebegitu.



kata incik abe, beliau bercadang nak bukak western food suatu hari nanti. hope impian beliau jadi kenyataan. aku hanya penyaport kawan2 dan memberi khidmat sekiranya perlu.. akhir skali, kepada kawan2 yang masih belum menikmati burger ini silalah. anda pasti menjilat jari or tisu yang tercalit mayonese.

p/s kalau lapar cari kami, kalau sedap bagitau kengkawan, kalau tak sedap bagitau kami, kalau nak pukul sebab tak sedap cari incik abe, kalau nak rekemen awek cari aku.. haha pe ku merepek neh..fly..

Tiada ulasan: