Khamis, 7 Julai 2011

Rombongan

     Teresak-esak macam orang gila. Meroyan pelbagai.
“Mak bukan taknak bagi hang pergi. Mak risau. Takut apa-apa jadi.”
“Apa benda Angah nak buat semua tak boleh. Kakak tu boleh je. Dapat je gi Kelantan.”
“Hang tanya Abah.”
Aku terus masuk bilik tutup pintu agak kasar. Malam itu aku betul-betul merajuk. Bengang. Tak puas hati dan menganggap apa yang terjadi ‘pilih kasih’.
“Angah keluar makan.”
Pura-pura tidur. Aku lapar tapi.. Arghhh.. Rajukan ini perlu diteruskan.
“Bang, Angah nak gi rombongan sekolah. Kolumpo.”
“Gi jela.”
“70 ringgit.”
“Hmm.. Bazir.”
“Kesian dia.”
“Kalau belajaq pandai takpa la. Ni tak nampak pegang buku langsung.”
“...”
Esok pagi Mak kejut aku subuh. Aku buat-buat tak dengar lagi.
“Angah, bangun semayang. Angah... Dah lewat dah ni...”
“Ye...”
“Abah bagi.”
“Ha?”
“Mak tanya Abah semalam. Abah cakap hang kena janji balik nanti kena belajaq betoi-betoi.”
“Hehe... Ok.”
“Dah pi semayang. Dah nak abis subuh ni.”
Perasaan aku masa tu hanya tuhan yang tahu. Pertama kali sepanjang persekolahan aku dapat join rombongan sekolah. Aku sembahyang berkiblatkan Menara Kuala Lumpur. Tak mampu untuk kusyuk. Diakhiri dengan doa syukur dan mohon ampun dosa. Menjenguk ke ruang tamu. Macam biasa. Mak dan telefon rumah.
“Kak Na, cancel dulu ye baju Eni tu. Buat yang Fiza punya dulu.”
“Awatnya?”
“Tak berkenan plak kain tu...”
Aku dapat rasa betapa babinya aku masa tu. Celaka. Aku terus keluar lepak ruang tamu.
“Ok la Kak Na. Kang Eni tepon balik.”
“Mak, tak jadi pergi.”
“La... Kenapa?”
Member-member ramai tak gi...”
“Pulak dah...”
“Mak, Angah teringin nak makan karipap. Lama mak tak buat.”
Mak senyum. Aku puas.
“Jap lagi Mak gi beli kentang.”
“Angah ikut...”
Jujur aku lega sangat. Aku hampir buat Mak berkorban lagi. Banyak kali dah.
Dan aku masih anggap Abah kedekut masa tu. Suruh belajar konon. Alasan... 






1 ulasan:

aamalinaazman berkata...

kikiki...santai..=)