Dulu asalkan mandi sudah cukup.
Biar warna air itu kekuningan.
Tak apa.
Sudah mandi.
Dulu dikirim wang pakai sampul.
Seratus, dua ratus, satu ribu.
Tak apa.
Posman 'oldskool' telus.
Dulu pakai liquid paper masa sekolah 'haram'.
Kalau salah hanya potong.
Tak apa.
Apa mahu rahsia?
Dulu hanya mahu selesa, gembira, tak peduli.
Otak udang turut-menuruti.
Tak apa.
Masih jahil serba-serbi.
Dulu melayu besar diri, cina langsi, india banyak bunyi.
Perkauman sana-sini.
Tak apa.
1 Malaysia kan baru lagi?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan