Pada sesuatu pagi, seorang lelaki tua datang
ke hospital tergesa-gesa. Dan dia mencari jururawat untuk melayannya. Tetapi
semua jururawat sedang sibuk. Tiada siapa yang berada di sana yang boleh
membantu. Jadi dia berjalan mundar mandir berkumat sesuatu bercakap
seorang sendiri. Dan kemudian dia duduk di sebuah bangku. Sekali lagi melihat
jam tangannya dan mengeluh. Seorang jururawat muda memerhatikannya. Selesai
kerja, jururawat itu terus mendapatkan lelaki tua.
"Selamat pagi pakcik. Boleh saya bantu?"
"Oh... ya... saya mahu mencuci luka di
kaki saya. Bolehkah awak melakukannya untuk saya?"
"Sudah tentu... tunggu sekejap ... sebentar
lagi saya datang."
"Jangan lambat ya... saya ada temujanji."
"Yeah... sebentar."
Jururawat muda datang dalam satu minit dan memeriksa
luka lelaki tua. Jururawat muda memulakan perbualan.
"Pakcik... temujanji pakcik di mana?"
"Dekat rumah dengan isteri saya."
"Pakcik... maaf bertanya... temujanji
apa begitu penting dengan isteri sendiri?"
"Oh... ya... saya ingin bersarapan
dengan dia, seperti setiap pagi. Itulah jadual harian saya semenjak saya
berkahwin dengan dia."
"Oh... saya faham ... jika pakcik tak
balik, nanti isteri pakcik risau ye... Ok... dah siap. Pakcik dah boleh balik."
"Bukan begitu... dia tidak pernah risau...
dia menghidapi penyakit Alzheimer. Dia tak kenal sesiapa walaupun diri sendiri. Sudah
tiga tahun dia tidak mengenali saya.
Jururawat muda terkejut dan bertanya...
"Jadi, buat apa pakcik nak kelam kabut?
Isteri pakcik bukan kenal pakcik pun?"
"Oh... Dia tidak mengenali saya...
tetapi saya kenal dan tahu siapa dia."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan