Aku menghidap barah otak. Kata doktor tempoh hayat
aku ketika diperiksa tempoh hari berbaki 15 hari. Hari ini tinggal 4 hari sahaja
lagi. Aku mengambil keputusan keluar dari hospital. Tidak mahu habiskan sisa
hidup dihospital. Buat apa diujikaji lagi kalau sudah tahu penghujungnya mati.
Tenang melihat hidupan kota lumpur yang lain.
Masing-masing dengan jalan hidup tersendiri. Masing-masing punya tulisan
didiari. Aku berjalan keluar hospital dengan tujuan menghabis tempoh di
tempat-tempat penuh erti. Ditanganku ada senaskah diari. Masih baru. Khas untuk
4 hari. Ini misi untuk 4 hari berbaki.
8/12/2013
Kuala Lumpur.
Macam biasa.
Seperti hari-hari sebelum.
Penuh kejutan gila.
Hari ini jumpa jalan, esok ada jambatan.
Hari ini ada jambatan, esok ada bangunan.
Hari ini ada bangunan, esok ada pergolakkan.
Dan hari ini ada pergolakkan, pecah segala
ketamadunan.
Di simpang siur kehidupan penuh pancaroba,
aku menumpang tubuh tak berjiwa.
Menunggu waktu malaikat tiba.
Diambil nyawa dihitung segala.
9/12/2013
Ipoh
Baunya tetap sama.
1990 baru ku kenal dunia.
Dilombong di sungai ku kenal bahaya.
Disini dilatih mengenal dunia.
Disini diajar alif ba ta.
Disini kutembak cinta mengena.
Disini kutinggal zuriat pertama.
Hari ini
hari ke 5. Ya. Ajal maut ditangan Tuhan. Kata doktor boleh jadi tepat, boleh
jadi tidak. Kalau tepat boleh la ditambah kebetulan dalam ramalannya. Melihat
anakku merengek disamping isteri. Memikirkan tentang isteri dan anak yang
terpaksa lalui hidup tanpa aku selepas ini. Sayu. Mereka berdua dikubur. Ditangan
isteriku tergenggam diari milikku. Aku sudah 3 hari mati.
10/12/2013.
Bukit Mertajam
Hari ni ku lemah.
Disini ku menjelma 27 tahun lepas.
Ya.
Tarikh ini.
Wajah aku makin pucat.
Tuhan tolonglah.
Satu hari lagi.
1 ulasan:
hang tua tiga tahun dari aku ke?
Catat Ulasan