Jumaat, 5 April 2013

Demam, kek keju dan bateri kong.

Aku demam dan mc hari ni. Dalam demam-demam tetiba teringin nak makan kek keju. Jam dah pukul 5.30 petang. Hujan lebat. Aku lari dalam hujan menuju ke kereta.

Ada note orang tinggalkan kat wiper kereta. "Lampu terpasang". Makanya bateri kereta aku pun kong. Aku pun lari dalam hujan balik rumah. Sampai pintu rumah rupanya kunci rumah tertinggal dalam kereta. Jadi aku pun lari balik dalam hujan menuju ke kereta ambil kunci rumah. Sampai rumah balik aku dah separuh lenjun.

Kat rumah ada kucing ikut aku minta makanan. Ni bukan kucing aku. Tapi aku rasa ni kucing orang yang tinggal kat rumah aku sebelum ni sebab masa aku masuk rumah ni, ada makanan kucing dalam rumah. Jadi aku berniat menyambung kesinambungan bagi makan kat kucing ni.

Dalam keadaan separuh lenjun, aku masuk dalam rumah ambil makanan kucing dan bagi makan kat kucing. Lepas bagi makan, aku masak air nak buat air milo sementara tunggu hujan berhenti.

Hujan berhenti. Aku tekad keluar rumah berharap ada jiran yang boleh tolong tolak kereta. Nasib aku baik. Ada jiran yang tengah punggah barang dalam kereta dia.
"Bang boleh tolong? Kereta saya tak boleh start. Abang duk dalam kereta saya tolak." Kata aku.

"Boleh. Takpe. Saya ada jumper." Kata jiran.

Selesai jumper sambil sembang politik sikit-sikit dengan jiran tu, aku pun menuju ke Secret Recipe nak makan kek keju. Aku pilih meja diluar. Tiba-tiba,

PANG!

Ada lelaki cina terhantuk kat pintu kaca Secret Recipe. Kepala dia berdarah. Tapi still nak cover malu.

Suasana ketika itu macam berhenti sekejap. Lepas tu semua sambung makan kek masing-masing macam tak ada apa-apa.

Selesai makan aku pun balik rumah. Begitulah serba sedikit peristiwa yang berlaku hari ini.

Tiada ulasan: