Bila
dapat tahu Riduan A.Dullah mahu bikin buku, aku dah dapat agak tulisan dia mesti
garang. Bertajukkan ‘Arsonist Jalan Labrooy’ dan muka depan warna jingga. Konpem
garang. Terima buku dari bos Rabak-Lit sendiri, lantas ke lokasi penulis untuk
tanda tangan. Sampai rumah terus mula baca tanpa henti sampai habis. Sebab
susun cerita sangat best. Tak boleh berhenti.
Berkisahkan
seorang lelaki, Comas, lalui liku-liku hidup yang sangat barai bersama adiknya
Sola. Bukan biasa-biasa punya barai. Lain macam. Sedih. Jalan dia. Terpaksa
atau memilih hanya penulis dan Comas saja yang ada jawapan. Novella ni pada aku
langsung tak ada yang gembira. Part Comas dan Sola usik-mengusik bergurau pun aku
rasa sedih. Mood novella ni, sedih, geram, lucu yang sedih, persoalan, sedih,
geram, sedih, persoalan. Dan saat baca buku ni, jujur cakap aku rasa macam
bukan tengah baca. Rasa macam tengah tengok cerita berlatar belakangkan suara
Comas bercerita. Damn! Kenapa kena macam ni takdir Comas Wan? Kenapa tulis
takdir Comas macam ni? Hang tak kesian ke kat dia? Hang memang tak boleh jadi
Tuhan.
Masa aku terima buku ni dari bos Rabak-Lit,
aku cakap boleh filemkan tak? Lepas baca, aku rasa kena. Cuba weh. Dan entah
kenapa aku terbayang je muka hang Wan. Dari mula aku baca sampai habis. Kalau
mahu difilemkan memang hang je boleh pegang watak Comas. Wan, aku tabik! Aku tabik! Tabik! Tabik! Tabik! Tabik! Tabik! Tabik! Tabik! Tabik! Tabik! Oh ya, jangan tendang Mewmew!
Kepada kenalan yang mahu selami perasaan Comas, bolehlah ke facebook 'Arsonist Jalan Labrooy'. Disitu ada cara mahu beli. Atau rasa susah, minta aku tolong.

1 ulasan:
menangis baca novel ni. Dari mulanya muka surat ke lima sehingga ke huruf terakhir dalam buku ni.
Catat Ulasan