Abah
aku polis. Abah menyara aku sekeluarga dengan keadaan yang serba sederhana. Tak
mewah. Sumpah tak mewah. Masa kecil bila orang tanya abah aku kerja apa, aku
bangga gila jawap polis. Sampai bila aku ada gaduh dengan orang dulu pun, orang
yang gaduh dengan aku tu sound aku “ingat aku takut ke bapak hang polis?”
betapa powernya pekerjaan abah aku sampai perlu dia mention kerja bapak aku nak
takutkan aku. Bapak orang yang aku gaduh tu driver je. Lagi la langsung aku tak
takut.
Sekarang, ramai orang benci polis. Polis
anjing kerajaan kata mereka. Makan rasuah. Polis corrupt. Sedih. Aku kenal abah
aku macam mana. Aku membesar dengan keluarga polis. Ya, ada polis jahat pernah
cuba nak pau aku. Macam ni lah. Juga ada pak lebai yang merogol. Manusia ada
baik ada jahat.
Aku
tak buat research pun lagi sambutan hari bapa salah ke apa ke. Peduli apa aku
selagi niat aku bukan nak sembah salib ke apa ke. Niat aku direct nak hargai
abah aku. Tak ada simpang-simpang.
Mungkin abah aku tak baca pun apa yang aku
taip ni. Tapi tu lah. Hanya nak bercerita. Aku anak polis dan sampai sekarang
aku bangga berketurunan polis. Selamat hari bapa abah. Terima kasih
sangat-sangat. Hanya Allah swt mampu membalas jasa abah pada Amir sekeluarga
dan negara. Peduli apa orang nak kata asalkan kita tahu apa yang kita buat.
Bomba pun padamkan api rumah orang jahat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan