Umur aku 13 tahun. Aku kerap mencuri. Hanya untuk hidup. Untuk makan, bukan kemewahan. Cukup sekadar mengalas kala perut minta dihias.
Aku punya keluarga. Aku punya bonda tapi janda. Bapaku pergi tinggalkan kami ketika aku masih belum pandai berdiri. Dengan sebab...entah sampai hari ini aku masih tak pasti. Biarlah, sudah dianggap dia mati.
Bondaku, ada serupa tiada. Walau ada tapi buta akan aku. Tunggu pulang bawa hidangan, mabuk pulang dengan angan-angan. Terkadang pulang dengan binatang. Malang.
Baiklah. Namaku Olivia. Masih muda. Muda remaja. Cantik? Jawapannya ya. Pernah dicuba baju berbulu bonda berserta solekan. Aku pandai menilai cantik hodoh diri. Bukan perasan, tapi jujur. Namun t-shirt lusuh, tanpa bedak, aku kelihatan selekeh. Tak peduli pun. Sedar diri. Tengah cuba perbaiki diri. Nak buat macam mana dah hidup dengan zombi... ok bonda... syurga ditelapaknya.
"Olivia! Olivia!"
"Hoi, aku kat bumbung!"
"Aku naik!"
Itu Zaki. Teman baik aku. Dia miliki ibubapa yang sempurna. Tapi tetap miskin. Macam aku. Aahh... Mana mungkin si kaya mahu dekati aku.
"Jom teman aku pergi mancing."
"Aahh bosan!"
"Kau sambung la tulis benda bukan-bukan ni masa aku tengah mancing karang..."
"Aduh, kau plan la aktiviti yang aku boleh join... Kau ingat aku lahap sangat ke nak tulis-tulis memanjang?"
"Apa lagi yang sesuai kau buat? Kau perempuan kot?"
"Hoi, lagi sekali kau atur benda-benda yang perempuan tak boleh buat aku rogol kau!"
"Ha? Kau takda.....kan?"
Aku terlalu rapat dengan Zaki. Kadang terlupa berbeza jantina. Kadang terlupa kata yang harus diguna. Aku diam. Terdiam dengan kata-kata sendiri.
"Dah, tak payah la nak buat muka macam tu. Aku lapar. Kau dah makan?"
"Belum. Haa... Nak gi memburu ye? Haha..."
Zaki bukan macam aku. Ya dia juga miskin macam aku, tapi ibubapa dia agak bertanggungjawap. Sudah tentu ada makanan walau tak mewah mana. Cuma berkawan dengan aku yang terdesak ni memaksa dia jadi agak liar. Pernah ditanya kenapa? Jawapan yang ringkas. 'Saja'. Aku tahu bukan 'saja'. Tapi biarlah. Asalkan dia sanggup teman aku. kalau ada dia selalunya berharga sikit santapan kami. Jadi, peduli apa dengan jawapan yang lain.
Kami memanjat, melompat dari bumbung ke bumbung. Cekap, bergaya. Ya, kami sudah mahir dengan selok-belok langkah yang harus dijejak. Bumbung sudah jadi laluan utama kami kemana-mana sekitar pekan ini. Ibarat tikus dengan laluan longkangnya.
"Zaki, aku nak ayam golek tu. Haha..."
"Peh, bukan main lagi selera kau hari ni?"
"Aku lapar gila weh. Kau tak teringin ke?"
"Mesti la... Fuh, licinnya peha..."
Zaki tersenyum jahat. Rupanya seluar aku kali ni agak seksi. Dengan aksi menonggeng macam ini memang...
"Woi! Kau macam mintak penumbuk je?"
"Haha... Okay serius."
"Huh!"
"Hehe... Macam ni, aku ada idea."
"Yeah!"
"Kau tunggu sini. Idea kali ni kau takyah buat apa-apa."
"Apsal plak?"
"Kau nak tak?"
"Mestilah!"
"Jadi diam."
Zaki turun menyelinap. Penuh hati-hati kali ini. Berlagak seakan penduduk biasa lalu-lalang tanpa niat jahat. Aku hanya menunggu dan memerhati. Masih tiada sebarang isyarat dari Zaki. Zaki berjalan menuju kearah penjual ayam golek. Seorang lelaki agak berusia. Ha? Kau nak beli ke apa? Zaki menyambut bungkusan ayam golek sambil menyeluk saku. Haha... Aku dah tau. Dia konon-konon tertinggal duit. Lepas tu pura-pura balik rumah nak ambil duit. Boleh tahan otak kau kali ni Zaki.
"Jangan lepaskan budak tu! Pencuri!"
Alamak! Celaka mana plak tu? Keadaan jadi kecoh. Lengan Zaki dipegang. Zaki meronta melepaskan diri.
"Olivia sambut!"
"Hah!"
"Lari Olivia! Lari!"
Aku terpinga-pinga. Semua mata kini tertumpu atas bumbung tempat aku bersembunyi. Bodoh apa Zaki ni. Kau macam mana?
"Lari aku cakap!!!"
Aku terus dengan aksi tadi. Melompat menyelamatkan diri. Bersembunyi...
Mana Zaki ni... Malam dah ni... Risau... Aku tertidur.
Terjaga subuh dengan ayam golek sejuk disisi. Dan Zaki masih tiada. Zaki, kenapa kau sanggup buat semua ini? Saja? Kali ini aku mahu jawapan lain... Zaki, mana kau...
*macam tergantung
4 ulasan:
aduh. kau ni mainkan emosi aku pulak. cepat sambung~
aku bnci cerita tergantung.
suspen gile.. bila nk sambung nie..? da macam drama bersiri pulak
Dah tak reti nak mereka apa dah. Malas sambung.
Catat Ulasan