Jumaat, 14 Oktober 2011
Cinta Sang Perwira
Ini kisah cinta Han Rae dan Ji Hyun. Kisah cinta yang tragis. Kisah cinta yang berbelah bahagi. Kisah cinta yang penuh duka. Kisah cinta yang penuh sengsara.
Mereka bermula cinta bersaksikan pantai. Mengakhiri cinta dengan tangisan berderai. Berpunca dari Han Rae. Memulakan permainan tarik tali. Memiliki kekuatan untuk menang. Namun terpaksa melepaskan tali dan melihat kekasihnya Ji Hyun tersungkur. Dia terpaksa. Tanpa rela. Demi menjaga nama keluarga. Demi menjaga kedaulatan negara.
Han Rae seorang pahlawan negara. Dia pemimpin barisan hadapan di medan perang. Dia perisai untuk pasukannya. Nyawanya terdedah bila-bila masa. Han Rae bimbang dengan meneruskan cintanya, makin terseksa batin Ji Hyun kala dia tumbang diperbatasan. Ya, Ji Hyun merana. Dia miliki luka sejak lahir. Masih basah dengan darah. Masih likat dengan kepedihan. Ditambah lagi hirisan dari Han Rae, memang peritnya ya amat.
Han Rae Sedar semua itu. Dia juga terseksa. Dia juga merana. Dia cintakan Ji Hyun...dan juga negaranya. Namun itulah pengorbanan cintanya. Hanya dia tahu setiap inci perihal negaranya. Hanya dia harapan negaranya. Hanya dia sandaran negaranya. Ditinggalkan Ji Hyun sebilah pisau terukir namanya. Sebagai pengganti, pelindung, pengubat dikala dia tiada. Ji Hyun janggal dengan pemberian itu. Ditatap, direnung bila dan bagaimana cara penggunaanya. Dia daif dengan ilmu senjata. Dia hanya mahukan Han Rae sebagai perisai seperti mana negara mahukan Han Rae. Tangisan Ji Hyun mengalir terus tanpa henti. Dicapai pisau pemberian Han Rae, lalu dirobek hatinya sendiri berkali-kali. Jeritan Ji Hyun bergema dalam gelita. Membangunkan tidur kenalan serata.
Han Rae terus melangkah pergi. Tanpa menoleh walau seinci. Mendongak, mendada bagai singa. Dia harus kuat untuk itu. Ini demi negara dan masa depan Ji Hyun yang tercinta. Dan...air matanya juga bercucuran...membasahi setiap langkahnya ke perbatasan...cinta yang sukar dimengerti...yang mana sayang yang mana kasih...yang mana kurang yang mana lebih...
Ditinggal persoalan dimata dunia...sama ada Ji Hyun atau Negara yang lebih dicintai...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
3 ulasan:
orang selalu silap, cinta tak semestinya kita kena bersama membawa cinta itu. cinta yang disimpan dalam hati sampai bila-bila itu lagi penuh bermakna.
cinta sampai syurga, jumpa di syurga.
Ji Hyun akan bertemu lagi dgn Han rae dalam keadaan Han rae berdarah pahlawan, dan bukan seorang yg selfish.
like hurricane and tornado.
choose ji hyun
Catat Ulasan