Khamis, 30 Jun 2011

Puas Hati

“DIAMLAH!!!!” BANGG!!!!. Bunyi lagaan pintu dengan bingkai.

Perasaan aku ketika macam babi. Bengang dengan perangai manusia-manusia celaka yang tak pernah jemu mengejek  aku dari kecil. Mereka adalah manusia yang berbeza. Miliki perwatakan dan latar belakang yang berbeza. Mereka adalah musuh, persaing, pendengki dan juga…kawan-kawan sekeliling.

Aku seorang lelaki obesiti. Miliki perut yang gendut, boyot, selulit. Sepatutnya aku sudah biasa dan lali dengan ejekan si celaka-celaka ini. Aku sudah pun berduit dan mampu beli jasad gadis cantik untuk bermalam. Peduli apa kalau aku buruk, gemuk dan berkemaluan pendek?.

Ya. Mereka hanya bergurau. Pandai dan kerap sangat bergurau. Aku berjalan di kaki lima deretan kedai-kedai. Aku takluk jalan tersebut. Langsung tak mahu mengelak. Aku masih panas dengan peristiwa tadi. Kali ini aku nak buat manusia betul-betul marah. Biar berbaloi aku dicemuh. Biar aku menjengkelkan dimata mereka. Baru aku puas.

Tiada ulasan: