Selasa, 15 Mac 2011

Kisah Cinta Agung

Setiap tahun pasti akan mengambil sekurang-kurangnya satu korban. Puakanya disini..

Salman masih cekal menghadapi hari-hari mendatang. Tak ada perkataan putus asa dalam kamus hidupnya. Masih menjalankan rutin hidup seperti biasa. Melihat ragam mahkluk Allah yang lain. Bahagia, aman, bergembira. Namun pasti akan tersungkur selagi ia bernama mahkluk. Jadi apa mahu hairan?

Pagi itu sungguh nyaman. Pelangi yang membentuk selepas hujan mengingatkan kisah cinta lama yang pada anggapannya lebih agung dari kisah cinta Mickey dan Minnie.. lebih agung dari Marley dan Marijuana.. dan yang pasti lebih agung dari kisah cinta Jib dan Ros..

Suri... Mahkluk secantik nama. Cantik luar cantik dalam cantik macam mama. Tebayang saat indah ketika baru bersua. Saat indah ketika sama-sama mengelilingi bandar bersejarah Melaka. 'So sweet'.

Cinta agung biasanya pasti putus. Putus yang tak direlakan. Sama ada ajal, restu atau dengki... Suri terkorban dalam kemalangan jalan raya. Remuk kancil 'total loss'.. Salman hanya mampu menangis. Sebarang zuriat belum sempat disalur. Kejamnya dunia kata Salman menidakkan kuasa Tuhan.

Laungan takbir pagi itu sangat aneh dan merdu. Jarang-jarang dengar dikebanyakkan hari..

Orang ramai sudah bersedia dengan kelengkapan di jari. Salman ditarik, direbah. Kini Salman sedar dia bukan siapa-siapa. Dia hanya seekor lembu yang punya cinta... Cinta paling agung pada yang Maha Pencipta.

'Bismillahiraohmanirohim...' Maka putuslah halkum dan marih memisahkan nyawa.. Salman terkorban dihari mulia. Ini takdir yang Maha Esa.


Tiada ulasan: