Sabtu, 5 Jun 2010

bercerita tentang hidup

Dalam merempuh hidup di kota raya metropolitan, aku haruslah tabah dan sentiasa akur dengan segala takdir atau qada’ qadar. Kadang-kadang aku takut nak berdepan dengan realiti kehidupan..takut untuk jatuh..takut untuk terhantuk. Aku harus sentiasa bersedia menerima halangan atau perangkap didepan.. merangkak dibawah kawat berduri, malah kadang-kadang terpaksa melalui situasi seakan berdepan dengan bom jangka masa. Harus tenang memikirkan wayar mana yang harus dipotong tuk mematikan bom..

Akhir-akhir ni aku sering menghabiskan masa menulis, bercerita dan merapu. Hanya untuk dibaca sendiri disuatu hari nanti. Meratapi nasib yang lepas. Bukan tujuan nak memandang kebelakang, tapi sebagai panduan untuk perangkap yang akan ditempuhi. Aku masih naïf dalam dunia yang penuh pancaroba ini. Masih sering menyapu ubat di sana-sini. Alhamdulillah..setakat ni aku belum pernah lagi terlibat dalam situasi yang memaksa menggunakan ubat pelali..

Sebagai manusia biasa, aku harus ikut telunjuk manusia luar biasa. Keputusan yang luar biasa harus diminta pendapat..harus diminta nasihat. Itulah kunci menjadi manusia luar biasa. Mengutip segala pengalaman hidup dan disimpan rapi.
Aku baru selesai mengukir beberapa kata-kata yang agak berguna untuk diselami.. ini hanya untuk diri sendiri..

Puitis aku tak bermaksud memerli,
Kata aku tak bermaksud memaki,
Dengar dengan tajam dan teliti,
Sekadar hanya ingin memberi

Kata-katamu aku manusia keji,
Punyai pena seperti mahu dikagumi,
Menulis lancang memandang kiri,
Hingga terlupa kanan menyebelahi

Kelam dosa aku gagahi,
Terang pahala aku tiduri,
Mengharap seru dari Ilahi,
Membimbing aku ke jalan yang suci

Amin..

Aku mengundurkan diri…..salam..

Tiada ulasan: