Jumaat, 16 April 2010

realiti di pagi jumaat

berbaju melayu hitam dan berseluar jeans lusuh adalah tema aku pada hari ini. banyak lagi yang belum disetelkan.. report yang banyak..tapi macam biasa google chrome yang aku klik dulu. kang lepas masuk duit aku nak gi tukar minyak pelincir mesin menuai aku. hmm.. nak balik kampung ke nak kerja lebih masa esok? masih dalam delima..

malam semalam para2 staf telah membuat satu keramaian untuk menghargai jasa baik para2 bos. diakhir majlis, bos melahirkan rasa terharu yang tak terhingga. beliau terharu dengan penghargaan yang tak seberapa dari kami. bos, dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung. kami betul2 terasa dengan tindakan bos menaikkan gaji kami.. kami betol2 terasa dan kami menghargainya..

hmm.. hidup ini adalah warna warni yang terlakar pada kanvas. walaupun tak cantik tapi ia tetap mempunyai sejuta maksud dan pada aku nikmat itu kadang2 tak di sedari, hanya apabila ia hilang barulah manusia benar2 terasa. end..

Tiada ulasan: