Khamis, 2 April 2009

kelmarin, semalam & hari ini

lama aku tak menaep sesuatu disini. bersawang dah pun. asyik jenguk blog orang lain jer.. arini aku nak berkongsi cerita dua tiga ari lepas dengan semua.

1st, pasal kelmarin. aku dikagumkan dengan bangunan-bangunan sekitar kuala lumpur. sempat aku snap beberapa gambar. gambar-gambar ini diambil ketika aku berjalan sekitar kl. (sambil kerja tangkap gambar)









hebatkan? then, aku nak bagitau pasal semalam. semalam, selepas balik kerja, dalam agak kebasahan sebab hujan aku terus pergi umah kakak aku. tujuannya sebab aku nak culik kucen yang aku rasa dah lama aku tunggu dia besar tapi tak besar-besar. banyak hari dah aku gi melawat dia.



ada 4 ekor sebenarnya. lokasi peti surat umah kakak aku. aku culik 2 ekor je sebab kakak cakap kesian kat mak dia. nanti mak dia gila meroyan..hehe.. mak dia takde masa tu. lau ada aku agak tak berani sebab mak dia garang. bila aku dekat je mak dia buat bunyi macam ular.. macam la aku taktau dia tu kucen. aku letak 2 ekor anak kucen tu lam sangkar hamster. malam tu jugak aku strugle pergi pet centre nak beli susu kucen. mahal kot... rm23.. tambah botol susu sumer skali rm29. balik umah aku terus bancuh. tapi malangnya mereka tak berminat.. maybe tak sedap, tak 0ri, or tak biasa.. banyak kali aku cuba.. sampai pagi tadi. taknak gak.. maybe kucen tu nak mak dia gak.. aku pun rasa agak sedih & kesian.. aku tekad nak bagi balik kat mak dia sampai dia cukup besar. sebelum pegi kerja pagi tadi, aku bawak anak kucen gi umah kakak aku. suprise!! alamak.. dah kosong... sumer dah takda.. cam mana ni.. jenuh aku selongkar peti surat tu. cari lagi 2 ekor kucen ngan mak dia. last-last aku dengar bunyi anak kucen merengek.. rupanya ada kat depan umah jiran.. dengan basah.. kesian giler.. mak dia pon ada kat situ. mak dia nak bawak anak dia yang lagi 2 ekor tu gi tempat lain. camner lagi 2 ekor yang ada kat aku ni? pikir punya pikir, aku amik trus sumer.. skali mak dia bawak gi umah aku.. hehe.. jaga anak ko kat umah aku. bila dah besar sikit baru aku jaga lak.

setel bab kucen, baru nak gerak gi keja, tayar motor pecah lagi.. baru je aku tukar tubeless minggu lepas.. cilaka... apa malang nasib aku.. nasib baik tauke tu cakap tak payah bayar sebab aku baru je tukar tubeless ngan dia mingu lepas. pastu ondaway nak gi kerja nyaris langgar anjing lak... apasal sumer tak kena arini.. tu la.. dosa.. pisahkan anak kucen ngan ibu dia... sori kucen... aku tak pisahkan korang dah.. aku jaga sumer skali. balik karang aku nak beli makanan kucen kat mak dia.. tak sabar nak balik...

10 ulasan:

myeyma berkata...

Hola, pekabar kucen2 yang cute tu. Jaga bebaik ya. Aku tak nak komen apa2. juz nak minta ko jaga kucen2 yang cute tu bebaik. jgn lupa letak gambar diorang dalam blog ko bila diorang dah besar nanti. heee....
(serius nih!)

myeyma berkata...

Hola, pekabar kucen2 yang cute tu. Jaga bebaik ya. Aku tak nak komen apa2. juz nak minta ko jaga kucen2 yang cute tu bebaik. jgn lupa letak gambar diorang dalam blog ko bila diorang dah besar nanti. heee....
(serius nih!)

aku kata berkata...

myeyma? ok. nnt aku upload pic bila dh bsr. agak xcited sbb x pnh bela kucen.

Firdaus Marzuki berkata...

wah! hebatnye bangunan tu...

aku kata berkata...

manot-hebatkan?

Alam Kucing berkata...

Wooo..anak kucing tu memang comel. kesian mak dia ko kidnap anak-anak dia. haha

btw, anak kucing umur 3 bulan baru sesuai utk kita pisahkan dari ibunya,sebab masa tu dia dah diajar oleh maknya mcm mana nak bersihkan badan, makan, membuang najis dsb.

ok dah link blog ni.

Muhammad Zahir berkata...

hi...lepas baca blog ni aku dapat bayangkan seronoknya membesarkan anak kucing. tapi... bila dah besar sikt (dah boleh pisah dengan ibu dia) janganlah buang ibu dia. kalau taknak pun carikan tuan baru. pakai petfinder.my pun ok. tapi biasanya orang yang sayang kucing ni, kalau dah bela terus sayang tak buang punya hehe.. kalau taknak ibu dia beranak lagi mandulkan jer ( lebih baik daripada buangkan)

apa2 pun tahniah kerana miliki hati seorang Khalifah

aku kata berkata...

btw ibu dia dah tinggalkan dorang.
baca entry ni
http://fazelamir.blogspot.com/2009/04/bapak-buat-semua-ni-tuk-ang-nak.html
http://fazelamir.blogspot.com/2009/08/salam-ramadhan.html

Sya_Merpati Putih 88 berkata...

sedihnya...
sy pun tgah menghadapi masaalaha yg sama,
kucing lama dah hilang, skrg jumpa kucing baru tapi masih ank lagi..'bgi susu dia taknak minum..tak tau cam ner nak settelkan...:(

aku kata berkata...

Kena paksa dia minum.