first of all aku nak ucapkan tahniah kat incik manot yang baru-baru ni telah mengecapi dunia tanpa sepadan kat umah sewa beliau di jerantut. aku percaya pasni beliau akan lebih kerap mengupdate blog dan melayari laman-laman web lucah tanpa segan silu. hahaha..
berdasarkan tajuk yang tertera di bahagian title, ia merupakan tafsiran yang dibuat oleh aku sendiri sebagai watak utama dalam cerita ni dan beberapa pakar tak diiktiraf yang mengkaji berdasarkan pengalaman dan cakap orang dulu-dulu. baru-baru ni, 25 hb julai. petang tu macam biasa aku akan balik ke umah setelah penat bekerja. seperti kebiasaan, aku gemar dan menjadi tabiat menunggang motor sambil berkhayal dan menyanyi. dalam asyik aku menyanyi sambil sambil wat aksi muka feel abis, tiba-tiba aku tersentak. lamunan ku terhenti bak kata aris hariwatan. dengan tak semena-mena, dengan tak mungkin akan terfikir atau terlintas oleh incik otak perkara macam ni boleh terjadi, rupa-rupanya aku telah memboncengkan seekor ULAR..
mak datuk.. terkejut kengeru aku. cuba tuan-tuan dan puan-puan bayangkan, tengah bawak moto slumber je ular tu melingkar kat atas meter motor aku. dari kiri nak ke kanan. perasaan aku hanya tuhan yang tahu. tapi betapa power rangernya aku, aku still teruskan menunggang tanpa panik. pergh.. kacak sungguh aku. pela aku nak wat ngan ular neh. nak pegang geli. tetiba ular tu jatuh kat dalam raga motor. terkangkang-kangkang aku takut ular tu merayap kat peha aku plak. sampai satu tahap ular tu nak masuk kat bawah seat motor, baru aku berhenti. pastu aku ngan berani-berani takutnya rentap ekor ular tu pastu campak kat semak. eeyarkk.. geli-geliman aku weh.. katak pun aku takut, inikan ular yang makan katak. bila aku cerita kat sapa-sapa aku jadi meremang.
aku percaya dalam 1000, sorang pun payah nak dapat experient cam aku neh. jumpa kat tepi jalan biasala. ni siap bawak naik motor. aku tanya pakyop tauke restoran tempat aku selalu melepak. beliau cakap, itu petanda-petanda masa dah nak dekat. bukan mati weh. jodoh nak sampai. sebab beliau pernah kena patuk ular masa bujang dulu. pastu selang enam bulan lebih kurang beliau kawin. ayak.. tapi aku tak kena patuk.. hoho..
tamat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan